Tukang paip ditahan cabul anak pelanggan ketika bekerja

SEORANG tukang paip berusia lingkungan 40-an direman enam hari bagi membantu siasatan kes gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak berkata, suspek direman selama enam hari hingga 11 Januari depan. 

“Polis mengesahkan menerima laporan daripada keluarga remaja perempuan itu.

“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya ketika dihubungi, lapor Harian Metro.

Sementara itu, ibu remaja perempuan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sally, 46, berkata, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Seri Alam pada 4 Januari lalu.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 2.30 petang pada 1 Januari lalu di kediaman keluarganya di Pasir Gudang, Johor.

“Ketika kejadian, lelaki berusia lingkungan 40-an datang ke rumahnya untuk membuat kerja baik pulih paip. Ketika itu, hanya anak perempuan, anak lelaki serta bapa saya di rumah manakala saya ke rumah ibu yang terletak berdekatan rumah kami.

“Menurut anak gadis, lelaki itu bertindak memeluk eratnya, meraba punggung serta menciumnya. 

“Pada 2 Januari, lelaki itu mengulangi perbuatan itu sebelum anak perempuannya itu menceritakan perbuatannya kepada keluarganya,” katanya.

Tambahnya, ini adalah pertama kali lelaki berkenaan menjalankan kerja pembaikpulihan paip di rumah keluarga tersebut dan dia juga merupakan rakan sekolah kepada bekas suaminya sebelum ini.

Ibu tunggal itu berkata, dia semakin bimbang dengan anak perempuannya itu yang kelihatan trauma serta kerap menangis selepas kejadian.

“Kami berharap pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap lelaki itu. Dia harus dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Wanita berkenaan juga mengadu permasalahannya kepada Pembantu Pelindung Kanak Kanak negeri Johor.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img