Tipu usahawan kosmetik: Polis terima sembilan laporan, tiada siasatan dibuka

POLIS menerima sebanyak sembilan laporan merujuk kes dakwaan penipuan membabitkan seorang usahawan kosmetik, namun setakat ini tiada kertas siasatan dibuka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, semua laporan tersebut diklasifikasikan sebagai rujuk kepada agensi lain.

“Setakat ini, sembilan laporan telah diterima daripada penama. Tiada kertas siasatan dibuka dan kes diklasifikasikan sebagai rujuk kepada agensi lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan seorang usahawan yang mendakwa kerugian jutaan ringgit akibat ditipu dalam urusan kenderaan mewah.

Terdahulu media melaporkan, usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Illias mendakwa kerugian mencecah RM38 juta selepas diperdaya seorang penjual kenderaan mewah dan isterinya.

Safiey, 31, mendakwa seorang lagi individu bergelar Datuk Seri yang memiliki enam syarikat dan panel insurans turut terbabit dalam penipuan itu.

Menurutnya, dia mengenali individu tersebut menerusi beberapa kenalan dan pernah membeli sebuah kereta terpakai daripada rakan lelaki itu pada 2017.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img