Kes tembak: Warga tempatan maut akibat ditembak di Klang

SEORANG warga tempatan ditemui maut selepas ditembak dalam satu kejadian di kawasan perumahan Taman Wangsa, Klang, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Mohd Zaini Abu Hassan berkata, kejadian berlaku jam 12.30 tengah malam.

“Polis menemui mayat seorang warga tempatan berusia lingkungan 43 tahun sebaik tiba di lokasi.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai dua lelaki menaiki sebuah motosikal telah datang ke lokasi kejadian dan melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang bagi proses bedah siasat.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img