ENAM lelaki direman bagi membantu siasatan kes merusuh di Melaka Raya selepas Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini mengeluarkan perintah reman terhadap kesemua suspek berkenaan.
Majistret N Sivashangari membenarkan seorang daripada suspek direman selama empat hari manakala lima lagi direman sehari bermula hari ini. Kesemua suspek berusia antara lingkungan 20-an hingga 40-an.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki serta mengimport senjata tiruan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merusuh.
Semalam, polis menahan enam lelaki terbabit kerana merusuh yang dipercayai berpunca daripada provokasi dan salah faham.


