Perdana Menteri pengerusikan mesyuarat Kabinet beberapa jam selepas kembali dari Turkiye

DATUK Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Kabinet mingguan di pejabatnya petang ini, hanya beberapa jam selepas tiba di tanah air sekembali dari lawatan rasmi ke Turkiye selama tiga hari.

Perdana Menteri kembali ke pejabatnya di Putrajaya untuk meneruskan tugas bagi memantau perjalanan dan tadbir urus kementerian serta agensi kerajaan.

“Alhamdulillah, selamat tiba ke tanah air usai lawatan rasmi di Republik Turkiye. Saya kemudiannya ke pejabat untuk mempengerusikan mesyuarat Jemaah Menteri. Untuk Malaysia!,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

Difahamkan, Perdana Menteri tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 12 tengah hari tadi.

Selepas selesai solat Jumaat, beliau kembali ke pejabatnya di Putrajaya untuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet sehingga jam 6 petang ini.

Anwar juga Menteri Kewangan mengakhiri lawatan rasmi ke Turkiye yang bermula 6 hingga 8 Januari atas jemputan Presidennya, Recep Tayyip Erdogan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img