Tender Tentera Darat: SPRM sita emas, kenderaan  SVR, wang tunai pelbagai matawang asing dianggarkan bernilai RM6.9 juta

Tender Tentera Darat: SPRM sita emas, kenderaan  SVR, wang tunai pelbagai matawang asing dianggarkan bernilai RM6.9 juta

SURUHANJAYA  Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita emas, kenderaan utiliti sukan berprestasi tinggi (SVR) dan wang tunai pelbagai mata wang asing dianggarkan bernilai kira-kira RM6.9 juta susulan siasatan projek tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Sumber berkata, wang tunai yang disita itu meliputi nilai dalam mata wang Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Pound, Yen (Jepun), dan Riyal (Arab Saudi).

Ringkasan sitaan oleh SPRM dalam kes rasuah tender Tentera Darat. – GRAFIK AI

Katanya, sitaan berkenaan adalah hasil pemeriksaan SVR di sebuah bengkel sekitar Lembah Klang yang dipercayai ditinggalkan untuk pembaikan.

“Barang kemas yang disita adalah tiga unit jongkong emas 999 yang setiap satu seberat satu kilogram (kg) yang nilai semasanya kira-kira RM1.8 juta.

“Turut disita sembilan keping emas yang setiap satunya seberat 100 gram (g) yang nilai semasanya adalah lebih setengah juta ringgit (lebih RM500,000) di samping SVR dianggarkan bernilai RM360,000 dan dipercayai dibeli secara tunai,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img