SELATAN Thailand bergegar lagi apabila puak bersenjata melakukan serangan bom ke atas 11 Stesen Minyak PTT di Narathiwat, Yala dan Pattani , awal pagi ini
Media melaporkan serangan dikatakan dilakukan sekitar pukul 1 pagi hingga 1.30 pagi mengakibatkan letupan dan kebakaran besar sehingga mencetuskan suasana panik di kawasan terlibat.

Serangan itu merupakan insiden keganasan pertama bagi permulaan tahun 2026 di wilayah tersebut.
Markas Pemerintah Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) dalam satu kenyataan berkata siasatan awal mendapati serangan itu dilakukan oleh kumpulan bersenjata bertopeng yang menyasarkan lima stesen minyak PTT di Narathiwat, empat di Yala dan dua lagi di Pattani.
ISOC 4 berkata pasukan keselamatan termasuk polis, tentera dan jentera bomba telah dikerahkan ke lokasi bagi mengawal keadaan serta memadamkan kebakaran sejurus selepas kejadian.
Susulan kejadian itu, pihak keselamatan telah meningkatkan tahap kawalan di kawasan kejadian dan berdekatan ke peringkat tertinggi. Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


