Sembilan keldai akaun bantu sindiket tipu mangsa dalam talian diberkas

POLIS menahan sembilan individu yang berperanan sebagai keldai akaun dan terlibat dalam pelbagai kes penipuan dalam talian sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM781,000 dalam satu operasi bersepadu di daerah Muar, semalam.

Antara peranan dimainkan keldai akaun terbabit adalah menyerahkan kad ATM dan butiran perbankan mereka kepada sindiket penipuan, yang kemudiannya digunakan untuk menerima wang hasil penipuan daripada mangsa.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kesemua suspek berkenaan adalah warga tempatan yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita berusia antara 24 hingga 59 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal aktiviti penipuan dalam talian yang dilakukan oleh sindiket bersama sembilan keldai akaun itu berlaku antara Disember 2024 hingga Oktober 2025.

“Kes penipuan melibatkan keldai akaun ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan pihak polis juga  sedang berusaha mengesan rangkaian sindiket yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img