KDN nafi imej tular reka bentuk pasport, MyKad baharu

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan kesahihan imej reka bentuk baharu pasport dan MyKad, yang tular dalam media sosial sambil menegaskan bahawa imej tersebut bukan dikeluarkan oleh kementerian itu.

Menurut kenyataan kementerian itu, rekaan visual yang tersebar itu tidak sahih dan tidak menggambarkan reka bentuk sebenar pasport atau MyKad baharu seperti yang didakwa.

“Segala maklumat rasmi berkaitan reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan pasport dan MyKad ini akan diumumkan oleh KDN melalui saluran komunikasi rasmi dari semasa ke semasa,” kata kenyataan KDN hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 8 Januari lalu mengumumkan perancangan pelaksanaan pasport dan MyKad baharu tahun ini.

KDN dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah dan berautoriti bagi memastikan ketepatan serta kesahihan sesuatu maklumat.

Perkembangan rasmi berkaitan perkara itu boleh didapati melalui laman web dan media rasmi KDN di www.moha.gov.my, serta agensi berkaitan termasuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di www.imi.gov.my dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di www.jpj.gov.my.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img