Warga emas rugi RM668,800 ditipu pelaburan saham tidak wujud

SEORANG lelaki tempatan berusia 65 tahun kerugian sebanyak RM668,800 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan daripada warga emas itu semalam, mendakwa terperdaya dengan tawaran pelaburan menerusi satu aplikasi telefon bimbit yang menjanjikan keuntungan antara 10 hingga 20 peratus dalam tempoh 24 jam.

Beliau berkata, tertarik dengan pulangan yang dijanjikan, mangsa telah melakukan 25 transaksi pembayaran ke dalam 17 akaun bank tempatan berbeza bermula 28 November 2025 hingga 6 Januari lepas, lapor Bernama.

“Mangsa turut membuat semakan melalui aplikasi tersebut dan mendapati keuntungan yang diperoleh mencecah USD102,303.64 (kira-kira RM415,000). Namun, cubaan untuk mengeluarkan wang berkenaan gagal apabila akses disekat.

“Menyedari dirinya telah ditipu, mangsa kemudian membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan yang menawarkan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img