Hantar dokumen palsu kepada imigresen, warga Bangladesh didenda RM50,000

SEORANG lelaki warga Bangladesh dijatuhi hukuman denda RM50,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana mengemukakan dokumen palsu kepada Jabatan Imigresen bagi mendapatkan kelulusan di bawah program rekalibrasi tenaga kerja untuk pekerja asing.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammed Jasim selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen tulen.

Beliau juga mengarahkan tertuduh dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut, lapor FMT.

Mengikut fakta kes, Mohammed menggunakan surat anugerah palsu bagi projek sebuah kondominium yang kononnya dikeluarkan oleh The Orion Condominium Management Corporation sebagai dokumen sokongan untuk program rekalibrasi tenaga kerja.

Dia memohon kelulusan kerajaan untuk pekerja asingnya di bawah program itu supaya mereka boleh bekerja secara sah di negara ini.

Bagaimanapun, Orion kemudiannya menafikan kewujudan projek kondominium berkenaan.

Dalam rayuannya, peguam tertuduh, Farith Emier Farhan Morni memohon mahkamah menjatuhkan hukuman minimum dan berkata anak guamnya menyesal dengan perbuatannya itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nidzuan Abdul Latif pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang bersifat pencegahan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img