Jurujual lelaki mengaku tidak bersalah, berpakaian seperti wanita

SEORANG jurujual lelaki sebuah kedai permainan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini atas tuduhan berpakaian dan berkelakuan seperti wanita tahun lalu.

Mohd Lukman Mohamad Aluddin, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie Hamidi Shafie.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Kuala Terengganu City Centre pada 12 Mei tahun lepas mengikut Seksyen 33 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Bagi kesalahan kedua dan berikutnya, tertuduh berdepan hukuman maksimum enam sebatan atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, dan denda RM5,000.

Mahkamah membenarkan Mohd Lukman diikat jamin RM3,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 10 Feb depan untuk sebutan semula kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img