Jumlah keahlian tidak semestinya boleh menang pilihan raya -Asyraf Wajdi

JIKA selama ini UMNO begitu bangga menjadi parti terbesar orang Melayu dengan keahlian melebihi 3 juta orang namun jumlah keahlian bukanlah penentu kemenangan parti itu dalam pilihan raya.

Mungkin itulah yang dapat disimpulkan apabila hari ini di Perhimpuna Agung UMNO, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, ‘’ Kita sering meraikan pertambahan angka keahlian parti sebagai petanda kekuatan. Tetapi hakikat yang mesti kita terima ialah angka keahlian tidak semestinya diterjemahkan kepada kemenangan pilihan raya.’’

Kata  Dr.Asyraf Wajdi, Pilihan Raya Negeri Sabah (PN) menjadi satu ‘wake up call’ terbesar buat kita semua.

‘’Kita memasuki gelanggang dengan keyakinan memiliki lebih 622,637 ahli, tetapi undi yang diterima hanyalah 144,584 undi. Pengajarannya, ahli bukan semestinya pengundi dan pengundi tidak semestinya kekal bersama kita,’’ katanya ketika menyampaikan ucapan di Perhimunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Sambil memaklukan perhimpunan itu dihadiri oleh 6,412 perwakilan, Dr.Asyraf Wajdi berkata, sejarah politik Sabah mencatat tiga ‘Exodus’ gelombang penghijrahan besar-besar, pada 2016 dengan penubuhan Parti Warisan, pada 2018 apabila sebahagian pimpinan menyertai Bersatu  dan pada 2023 apabila sebahagian lagi berhijrah ke GRS.

‘’Setiap gelombang ini telah menghakis kekuatan UMNO, memotong satu demi satu, urat nadi perjuangan UMNO Sabah,’’ katanya.

Bagaimanapun tegas beliau, trend penurunan ini bukan terhad kepada Sabah sahaja.

‘’Dalam tiga Pilihan Raya Umum yang lalu PRU13, PRU14 dan PRU15 pola yang sama berulang. Maka menjelang Pilihan Raya Negeri Melaka, Johor dan seterusnya PRU16, kita wajib bertanya dengan jujur:

‘’Adakah pertambahan 46,655 ahli pada tahun ini, menjadikan jumlah keseluruhannya 3.525 juta, sudah cukup untuk menjamin kemenangan? Statistik di banyak negeri menunjukkan jurang yang ketara antara jumlah ahli dan jumlah undi yang diterima,’’ katanya.

Kata beliau, apa yang berlaku adalah realiti penghijrahan politik yang mesti dihadapi dengan berani.

‘’Bukan sahaja di Sabah, tetapi di seluruh negara. Kesetiaan hari ini tidak boleh lagi dianggap automatik. Apabila nafsu serakah mengatasi prinsip, apabila kepentingan peribadi mengatasi amanah perjuangan, maka kita akan kehilangan nusrah Allah, walau seramai mana pun kita di atas kertas,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img