Agenda ‘Rumah Bangsa’ berjaya jika semua ikhlas memperjuangkannya – Johari

AGENDA  ‘Rumah Bangsa’ yang digagaskan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dalam usaha menyatukan orang Melayu hanya akan berjaya jika mereka yang terlibat termasuk parti-parti politik ikhlas memperjuangkannya.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, keikhlasan itu pula perlu disertai dengan strategi yang betul serta kepimpinan yang kuat.

“Dalam apa sahaja perancangan kita kena ada keikhlasan, bila ikhlas kemudian disusuli dengan strategi yang betul dan pemain-pemain dalam politik dalam parti juga mesti mereka yang betul ikhlas dan mempunyai ‘talent’ (bakat). Mana-mana parti perlu ada ‘talent’.

“Kalau tidak ada ‘talent’ yang hebat, akhirnya (strategi) parti ini akan sekejap sahaja,” katanya kepada media di Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur (WTC) hari ini.

Ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden, Ahmad Zahid berkata, ‘Rumah Bangsa’ lebih sesuai menyatukan orang Melayu berbanding payung besar yang didakwa gagal sebelum ini.

Ahmad Zahid mendakwa  gerakan payung besar itu gagal kerana tidak berpaut pada rumah asalnya iaitu UMNO.

Johari berkata, cadangan itu juga harapan baru buat seluruh orang Melayu dan berharap perwakilan dapat membahaskannya secara rasional dan baik bagi membuka pemikiran baharu dalam UMNO

“Negara ini telah merdeka 68 tahun, jangkaan rakyat, Melayu khususnya telah banyak berubah. Dalam masa hampir lapan dekad ini sudah tentu satu perubahan besar perlu kita ambil. Selain itu kita perlu ambil kira pandangan generasi muda kerana kalau tidak UMNO akan kekal begini sahaja,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img