Hotel promosi konsep ‘mesra gay’ di Melaka  digantung lesen perniagaan sementara

HOTEL tular di Malim, Melaka kerana mempromosi konsep ‘mesra gay’ digantung lesen perniagaan sementara, selain pemiliknya sudah  ke pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) untuk memohon maaf.

Yang Dipertua MPHTJ, Sapiah Haron, berkata pemilik berusia 70-an hadir kelmarin dan mengakui kandungan promosi di laman web premisnya berlaku akibat ‘kecuaian pengurusan’.

Kandungan kontroversi itu telah diturunkan serta-merta sebaik menyedari ia tular di media sosial.

Semakan lanjut mendapati premis itu turut gagal mendaftar dan membayar caj warisan bagi 2024 serta memerlukan pelesenan tambahan bagi beberapa aktiviti lain.

“Kita telah mengarahkan pemilik premis mematuhi syarat kehadiran sekurang-kurangnya seorang pekerja tempatan di kaunter. Lesen perniagaan digantung sementara dan hanya akan dipulangkan setelah semua syarat dipatuhi sepenuhnya oleh pihak hotel,” katanya lapor Berita Harian.

Katanya, satu kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (Hotel) MPHTJ 2011, dan pihak berkuasa akan terus menguatkuasakan peraturan secara adil serta berhemah bagi memastikan keharmonian masyarakat setempat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img