PGA Sarawak rampas produk sejuk beku, rokok dan minuman keras bernilai RM10 juta di Sibu, Betong, Bintulu

PASUKAN  Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merampas pelbagai produk sejuk beku, rokok dan minuman keras bernilai RM10 juta menerusi OPS Taring Alpha dan OPS Taring Chiller yang dijalankan di Sibu, Betong dan Bintulu semalam.

Komander Briged Sarawak SAC Lim Bak Phai berkata dalam operasi bersepadu yang dilaksanakan secara serentak itu, lapan individu warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyimpanan dan pengedaran barangan tanpa permit sah.

“Di Sibu, serbuan ke atas sebuah premis membawa kepada penahanan enam lelaki tempatan dan rampasan sejumlah besar pelbagai produk sejuk beku dengan nilai rampasan lebih RM3.5 juta.

“… manakala di Betong, PGA menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai produk sejuk beku dengan rampasan dianggarkan bernilai RM2.53 juta,” katanya dalam kenyataan di Kuching, hari ini, Lapor Bernama.

Lim berkata di Bintulu pula, PGA menumpaskan aktiviti penyimpanan rokok dan minuman keras tidak bercukai dengan rampasan ribuan karton rokok, minuman keras serta kenderaan bernilai RM4 juta.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img