Warga emas hilang dari pusat jagaan sejak seminggu

SEORANG penghuni pusat jagaan warga emas di Jalan Arab di Muar, dilaporkan hilang sejak seminggu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintenden Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, Muhamad Lim Abdullah, 61, dipercayai keluar dari pusat jagaan tersebut kira-kira jam 11.30 pagi, Isnin lalu.

“Pada awalnya, pihak pusat jagaan menjangkakan penghuni itu pulang ke rumah ahli keluarganya di Melaka.

Namun, semakan dengan ahli keluarga mengesahkan bahawa mangsa tidak pernah sampai ke Melaka dan sejak itu tidak dapat dihubungi,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, warga emas terbabit memiliki ciri fizikal berkulit cerah dan botak.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan atau mengenali mangsa diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran, atau terus menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Suhaimi Ahmad di talian 013-397 5290,” ujarnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img