SPRM Selangor perkukuh kerjasama bersama MB Selangor

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor terus memperkukuhkan kerjasama dengan Pejabat Menteri Besar Selangor, khususnya dalam usaha mempertingkatkan pencegahan rasuah, pemantapan integriti dan sistem tadbir urus di peringkat pentadbiran negeri.

Pengarah SPRM Selangor, Mohd Azwan Ramli berkata, kerjasama itu penting sebagai komitmen bersama dalam membudayakan integriti antara SPRM dan kerajaan negeri Selangor, serta menyokong aspirasi negeri ke arah pentadbiran bersih, berintegriti dan bebas rasuah.

DATUK Seri Amirudin Shari mengadakan perbincangan dengan Mohd Azwan Ramli ketika sesi kunjungan hormat di pejabat Amirudin di Shah Alam, hari ini. GAMBAR: SPRM

“Pertemuan itu turut menjadi platform perbincangan dan pertukaran pandangan berkaitan usaha-usaha meningkatkan kesedaran integriti, pelaksanaan program pencegahan rasuah serta penambahbaikan mekanisme governans yang telus dan berakauntabiliti dalam pengurusan pentadbiran kerajaan negeri,” katanya.

Mohd Azwan berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Sulit kepada Menteri Besar Selangor, Mohd Hidayat Mohd Sauffi serta Ketua Jabatan Integriti dan Governans, Menteri Besar Incorporated (MBI), Mudirah Muhammad Nor.

Menurut Mohd Azwan, SPRM Selangor turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pejabat Menteri Besar Selangor atas kesudian menerima kunjungan hormat tersebut serta sokongan berterusan terhadap usaha memperkasa integriti dan governans di negeri ini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img