Polis siasat dakwaan murid Tahun Satu ditampar rakan sekelas di Ampang

POLIS menerima laporan berhubung dakwaan seorang murid lelaki dipukul rakan sekelas di sebuah sekolah kebangsaan di Ampang pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya turut mengesan satu video tular berhubung kejadian itu yang dimuat naik dalam media sosial kira-kira jam 2.45 petang hari ini.

“Polis telah menerima laporan yang dibuat oleh seorang lelaki pada jam 3.06 petang Isnin. Setakat ini tiada tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya hari ini.

Terdahulu, tular dalam media sosial seorang bapa mendakwa anaknya yang merupakan murid Tahun Satu ditampar di muka oleh seorang rakan sekelas kerana berjalan terlalu perlahan ke tandas.

Bapa murid berkenaan mendakwa, berikutan kejadian itu, anaknya mengalami kecederaan yang serius pada bahagian muka.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img