PDRM siasat insiden pegawai komando VAT 69 maut sewaktu latihan menyelam

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando Inspektor Khairil Azhar Kamaruddin yang meninggal dunia semasa menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah hari ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, siasatan itu bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk penilaian terhadap prosedur latihan, penggunaan peralatan, serta faktor kesihatan dan keselamatan, selaras dengan peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“PDRM mengesahkan bahawa seorang pegawai Unit VAT 69 Komando telah meninggal dunia semasa menjalani latihan menyelam.

“Pegawai berkenaan telah diberikan bantuan kecemasan dan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Semporna untuk rawatan lanjut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Khalid berkata, seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga keluarganya diberi ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan berkenaan.

Dalam kejadian pagi ini, Allahyarham Khairil Azhar meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Mataking, Semporna, Sabah.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img