Buat laporan palsu konon disamun elak bayar duit majikan

SEORANG lelaki tempatan membuat laporan palsu mendakwa dia telah disamun, bagi mengelak membayar semula wang milik majikannya di Ampang pada Isnin lalu.

Lelaki berkenaan sebelum itu tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 10.06 pagi, mendakwa dia disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna merah di Jalan Tanjong 1, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid, berkata, pengadu mendakwa pembonceng motosikal terbabit mengacukan sebilah pisau ke arah pinggang sebelum melarikan beg silang yang diletakkan di dalam raga motosikal miliknya.

“Hasil siasatan yang dijalankan kira-kira jam 12.30 tengah hari hari sama mendapati, kejadian samun tersebut tidak pernah berlaku dan laporan yang dibuat adalah palsu.

“Siasatan mendapati dakwaan barangan peribadi serta wang tunai milik majikannya berjumlah RM5,000 dirampas adalah tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Anuar, motif lelaki itu berbuat demikian adalah mengelak bayar duit majikannya.

Susulan itu, kata beliau, kes ini disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan,” kata beliau.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img