Polis serbu mini kasino di kondominium, 18 ditahan

POLIS Kuala Lumpur membongkar kegiatan mini kasino yang berselindung di sebuah unit kondominium di kawasan Sentul, Kuala Lumpur malam tadi.

Serbuan yang bermula jam 10 malam itu dijalankan Bahagian Maksiat, Judi dan Komngsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama D7 Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Menurut jurucakap polis JSJ KL, operasi mini kasino itu bermula sejak penghujung November tahun lalu, namun tidak didalangi oleh mana-mana sindiket.

“Premis beroperasi di perumahan kondominium yang disewa dan sasaran pemain adalah kenalan rapat sahaja atau jemputan tertentu bagi mengelak dikesan oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan, lapor Buletin TV3.

Dalam serbuan itu, polis menahan 18 individu terdiri daripada 14 lelaki dan dua wanita tempatan serta dua wanita masing-masing warga Vietnam dan Thailand.

“Polis turut merampas sebuah meja poker, lapan kerusi, 52 keping daun terup termasuk 625 cip pelbagai warna yang bernilai RM19,325.

“Kesemua yang ditahan direman selama dua hari sehingga esok dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img