Polis siasat dakwaan kanak-kanak lelaki dianiaya di taska

POLIS semalam menerima laporan berhubung dakwaan penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai berlaku di sebuah taska di Seremban 2 Heights, Seremban, Negeri Sembilan tahun lalu.

Laporan dibuat ibu mangsa berusia lingkungan 30-an pada jam 11.31 malam selepas dia menerima maklumat serta gambar melalui media sosial yang menunjukkan kesan kemerahan di pipi kiri anaknya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku pada Jun tahun lepas ketika mangsa berada di taska berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, polis mengambil keterangan empat saksi yang merupakan pengasuh dan pengurus taska berkenaan. Kita sedang meneruskan siasatan bagi mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat mengikut undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azahar, kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kejadian itu sehingga boleh mengganggu siasatan.

Terdahulu, perkongsian seorang wanita tentang kejadian yang menimpa anak lelakinya itu tular dalam media sosial.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img