[TIDAK RASMI] BN dahului majoriti PRK Kinabatangan, Lamag

BARISAN Nasional (BN) mendahului jumlah undi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, setakat jam 7.15 malam ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Facebook, BN di Parlimen Kinabatangan mendahului dengan majoriti 9,723 undi.

Menurut beliau, DUN Lamag pula memperoleh majoriti 2,093 undi setakat ini.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas).

DUN Lamag pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

Penjumlahan rasmi undi akan berlangsung di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, iaitu di Dewan Sri Lamag dan keputusan rasmi dijangka diumumkan pada jam 10 malam ini.

Seramai 48,722 pengundi berdaftar untuk PRK kali ini, terdiri daripada 48,526 pengundi biasa serta 196 anggota polis dan pasangan yang mengundi lebih awal.

Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi dilaporkan mencapai 50.37% bagi Parlimen Kinabatangan, dan 55.16% bagi DUN Lamag. Semua pusat mengundi ditutup pada 5.30 petang tadi.

PRK diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lalu.

Kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag sebelum ini disandang Allahyarham Bung Moktar yang berkhidmat selama enam penggal berturut-turut.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding dalam PRK tersebut bagi menghormati legasi Allahyarham Bung Moktar.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img