Kemenangan 1-0 sudah cukup buat JDT tempah slot suku akhir Piala FA

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala FA selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas PDRM FC dalam aksi kedua pusingan 16 yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, hari ini.

Keputusan tersebut menyaksikan juara bertahan itu mara dengan agregat besar 11-1, susulan kemenangan bergaya 10-1 pada perlawanan pertama di venue sama, Ahad lalu, sekali gus menutup kempen pusingan 16 dengan penuh bergaya.

Sejak sepak mula, Harimau Selatan jelas mendominasi permainan apabila melancarkan serangan bertali arus ke kawasan lawan, namun ketajaman di hadapan gawang masih belum menyebelahi mereka pada separuh masa pertama.

Kebal benteng pertahanan PDRM, selain aksi cemerlang penjaga gol mereka, Nor Hakeem Hamidun, berjaya mengekang asakan tuan rumah dan memastikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga rehat.

Memasuki babak kedua, JDT meningkatkan intensiti permainan dan usaha berterusan itu akhirnya membuahkan hasil apabila gol tunggal perlawanan dihasilkan pada minit ke-66 menerusi Teto Martin.

Selepas jaringan tersebut, pasukan Harimau Selatan terus mengawal tempo permainan dan mencipta beberapa peluang tambahan, namun keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan, sekali gus mengesahkan tempat mereka dalam kelompok lapan pasukan terbaik kejohanan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img