SEKURANG-kurangnya 61 orang maut akibat salji dan hujan lebat yang melanda wilayah tengah dan utara Afghanistan sejak Rabu lalu.
Pihak berkuasa pengurusan bencana Afghanistan menerusi hantaran di X, memaklumkan seramai 110 orang cedera, manakala sebanyak 458 rumah rosak akibat bencana itu.
“Kira-kira 360 keluarga terjejas akibat bencana itu dan orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan perjalanan yang tidak perlu di jalan bersalji,” katanya.
Menurut pihak berkuasa wilayah Parwan, Lebuhraya Salang antara laluan utama di Afghanistan sudah ditutup sepenuhnya.
Bantuan makanan turut diagihkan kepada pengembara yang terkandas di laluan pergunungan di wilayah Bamyan, kawasan tengah negara itu.


