Dua beradik lemas disahkan beragama Islam

DUA kanak-kanak yang lemas di dalam kereta yang tenggelam di Sungai Linggi, Tanjung Agas, Port Dickson, 4 September lalu disahkan beragama Islam.

Perkara itu diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah pada sesi pendengaran semalam dan jenazah akan dikebumikan mengikut kaedah Islam melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pengebumian mangsa akan diuruskan JHEAINS dan dijangkan dilakukan di Tanah Perkuburan Maqbarah Salimah, Port Dickson.

“Pihak polis ingin memaklumkan perkembangan siasatan berkaitan status agama bagi kedua-dua mangsa bersabit kejadian ini yang disiasat mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan.

“Satu sesi pendengaran mengenai status agama bagi mangsa dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini dan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan bahawa kedua-dua mangsa adalah beragama Islam dan diperintahkan dikebumikan mengikut cara Islam,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Jelas beliau, waris sudah mewakilkan kepada JHEAINS untuk menuntut jenazah kedua-dua beradik yang berumur lapan dan sembilan tahun itu.

“Kira-kira jam 3 petang hari ini (semalam), JHEAINS akan ke Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau untuk pengurusan jenazah dan dijangka akan selesai pada jam 4.30 petang,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik lemas selepas kereta dinaiki mereka dikatakan menggelongsor masuk ke dalam sungai ketika bapa meletakkan kenderaan itu di bawah jambatan.

Pengarah JHEAINS, Mohd Asri Abdullah dilaporkan berkata, pihaknya menerima permohonan daripada pihak polis untuk semakan status agama mangsa, susulan nama yang tertera di dokumen peribadi adalah nama orang Cina.

Mohd Asri berkata, pihaknya membuat semakan berkenaan status agama dua beradik itu selepas bapanya memaklumkan kedua-duanya sudah diislamkan di Kelantan sebelum ini.

Bagaimanapun beliau memaklumkan, semakan kita dengan Jabatan Agama Islam Kelantan mendapati tiada rekod yang dua beradik itu sudah diislamkan, begitu juga rekod di JHEAINS

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img