Wanita hilang ditemui maut, dibunuh teman lelaki

KEHILANGAN seorang wanita selepas tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di sebuah rumah di Taman Damai II, Batu Pahat dipercayai dibunuh dengan muka ditekap menggunakan bantal awal pagi tadi.

Mangsa berusia 41 tahun yang juga pekerja pasar raya disyaki dibunuh oleh teman lelaki dengan mayatnya ditemui pada pukul 1 pagi tadi selepas polis menyerbu rumah teres dua tingkat itu, lapor Harian Metro.

Difahamkan, ketika serbuan polis menemukan wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu manakala suspek cedera di leher dan lengan kiri selepas disyaki menggelar diri.

Suspek berusia 44 tahun disyaki membunuh mangsa pada pagi Selasa lalu sehinggalah polis menemukan mayatnya awal pagi tadi.

Difahamkan, sebelum penemuan mayat itu, abang mangsa membuat laporan polis selepas adik perempuannya tidak pulang ke rumah sejak beberapa lalu.

Suspek yang juga penganggur kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk rawatan.

Sementara itu, Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini membenarkan suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat wanita terbabit.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Prosiding reman ke atas suspek dijalankan di HSNI susulan lelaki itu menerima rawatan akibat kecederaan dialaminya.

Dalam pada itu, tinjauan di rumah didiami mangsa dan suspek mendapati, keadaannya sunyi selain polis memasang pita larangan masuk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img