Penunggang motosikal maut digilis treler di Klang

SEORANG penunggang motosikal maut akibat digilis sebuah treler dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru/Jalan Salleh di Klang petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 petang itu, mangsa lelaki tempatan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

KEMALANGAN maut membabitkan seorang penunggang motosikal digilis sebuah treler di Jalan Meru/Jalan Salleh di Klang petang semalam. GAMBAR: Facebook pembaca

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira jam 4.45 petang.

Beliau berkata, kemalangan melibatkan sebuah treler dan sebuah motosikal yang datang dari arah Meru menghala ke Klang.

“Siasatan awal mendapati motosikal berkenaan cuba memotong treler di laluan sebelah kiri sebelum hilang kawalan.

“Motosikal itu kemudian terjatuh ke bahagian bawah treler berkenaan,” katanya dalam  kenyataan hari ini.

Beliau berkata, berikutan kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu treler yang merupakan lelaki tempatan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Fadzli di talian 017-584 3860 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa memandu secara berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img