Nawal Shahirah ditemukan selamat, jalani rawatan psikiatri di HKL

PELAJAR Universiti Malaya (UM) yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, Nawal Shahirah Mohd Jamil ditemukan selamat dan kini menerima rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Kehilangan gadis berusia 23 tahun itu selama enam hari akhirnya terjawab, dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan disebabkan kehilangan ibunya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pelajar terbabit hadir sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan berada dalam keadaan selamat.

Menurutnya, semakan polis dengan pihak HKL mengesahkan individu terbabit menerima rawatan psikiatri di hospital berkenaan.

“Individu berkenaan telah masuk ke hospital sendiri pada Rabu (28 Januari) lalu bagi mendapatkan rawatan.

“Keadaannya dilaporkan baik dan kini ditempatkan di wad untuk pemerhatian kesihatan mental,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis dilaporkan menjalankan siasatan merangkumi semua aspek termasuk pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) kediaman pelajar UM yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Media sebelum ini melaporkan kehilangan Nawal Shahirah selepas kali terakhir dilihat di sebuah kondominium berhampiran Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 14, di Petaling Jaya pada Selasa lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img