Polis tumpaskan kumpulan pecah cermin kereta, 5 termasuk 2 wanita ditahan

POLIS Kelantan menumpaskan kumpulan penjenayah pecah cermin kereta dan curi selepas menahan lima individu termasuk dua wanita menerusi tiga serbuan berasingan tengah malam tadi.

Kesemua suspek ditahan di tiga lokasi berasingan kira-kira jam 12.30 tengah malam di Rantau Panjang dan Pasir Puteh.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, tangkapan dilakukan susulan kejadian terbaharu jam 7.30 pagi kelmarin di Pasir Puteh membabitkan kerugian lebih RM1,000.

Beliau berkata, menerusi tangkapan berkenaan, polis merampas pelbagai barangan termasuk 18 telefon bimbit, 11 beg duit, 41 beg tangan dan beg galas pelbagai jenama dan tujuh barang kemas.

“Lima suspek yang ditahan membabitkan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan serta seorang wanita warga Thailand dengan kesemua mereka berusia 32 hingga 54 tahun.

“Menerusi tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah cermin kereta di Kelantan dan Terengganu membabitkan kerugian RM32,200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Yusoff, semakan polis mendapati tiga suspek lelaki mempunyai rekod jenayah dan dadah manakala suspek wanita tidak mempunyai rekod jenayah.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati dua suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua suspek direman empat hari.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img