Pendaftaran kad sim prabayar akan guna MyDigital ID menjelang akhir tahun

KERAJAAN akan mewajibkan semua pendaftaran kad sim prabayar menggunakan MyDigital ID menjelang akhir tahun ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata langkah itu bertujuan memperkukuh keselamatan dan menangani kelemahan sistem sedia ada, termasuk jumlah kad SIM boleh didaftarkan bawah satu nama yang sangat tinggi.

“Jadi dalam mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Industri Revolusi Industri Keempat (MED4IR) berlangsung semalam, ada dibincang aspek pendaftaran kad sim.

“Syarikat telco akan diarah untuk memastikan proses pendaftaran bagi kad sim prabayar ini akan juga guna pakai pendaftaran menggunakan MyDigital ID.

Dijangkakan menjelang hujung tahun…mungkin November atau Disember (ini),” katanya pada sidang media hari ini, lapor FMT.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai usaha kerajaan mengetatkan pengesahan umur di platform media sosial seperti TikTok berisiko gagal jika Malaysia tidak terlebih dahulu menangani kelemahan dalam sistem pendaftaran kad sim.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga jurucakap kerajaan berkata pendaftaran menggunakan MyDigital ID akan ada beberapa aspek keselamatan yang lebih baik.

Katanya, aspek keselamatan itu adalah salah satu cara untuk menutup kelompangan yang ada.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img