Hutan seluas 121.4 hektar terbakar di Bio Desaru

KAWASAN  hutan seluas 121.4 hektar dilaporkan terbakar di Bio Desaru sepanjang Jalan Tanjung Balau-Sedili di Kota Tinggi, sejak dua hari lepas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar Penolong Kanan Penguasa Bomba Soleh Nasir berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.16 pagi 31 Januari.

“Setakat 11 pagi tadi, pemantauan menggunakan dron mendapati kebakaran semakin reda dengan banyak kawasan terpadam sendiri. Namun asap masih tebal susulan kebakaran yang melibatkan kawasan bertunggul kayu serta tanah gambut.

“Jentera pengorek kaut (backhoe) digunakan untuk membuka dua laluan di tengah kawasan terbakar sebagai akses mempercepat anggota membuat kerja pemadaman lokasi yang masih menyala dan berasap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Soleh berkata operasi pemadaman menggunakan beberapa aliran pancutan air dengan sumber air terbuka dari parit berhampiran selain pembinaan fire break bagi mengawal kemerebakan api.

Beliau berkata akan terus melakukan pemantauan rapi di kawasan sekitar bagi mengelak api merebak keluar dari kawasan, terutamanya ketika keadaan angin kuat.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img