Kanak-kanak enam tahun ditemukan lemas selepas dilaporkan hilang

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Daro, Kuching semalam, ditemukan meninggal dunia petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jasad kanak-kanak itu dijumpai terapung berhampiran Kampung Lemang Pek pada pukul 4 petang.

“Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjumpai mangsa kemudiannya memaklumkan pihak polis bagi proses pengecaman. Mangsa kemudian dibawa ke jeti di Kampung Panchor dan seterusnya dibawa ke hospital.

“Operasi SAR ditamatkan pada pukul 4.45 petang,” menurut kenyataan itu.

Semalam, JBPM Sarawak memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Daro di Kampung Panchor, Daro.

Menurut laporan JBPM Sarawak, mangsa dipercayai keluar sendiri melalui pintu belakang rumah tanpa disedari ibu dan bapanya.

Bapa kanak-kanak itu kemudian menemui kesan tapak kaki anaknya menuju ke sungai kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum menghubungi pihak bomba.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img