Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata, permohonan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 28 Januari lepas dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.

“Pihak kami membuat permohonan itu atas alasan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan media pada 8 Januari lepas telah memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan tersebut membabitkan anak guam (Ahmad Zahid).

“Anak guam telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi lebih dua tahun. Jadi tak adil untuk seseorang, pertuduhan itu sentiasa tergantung atas kepala beliau. Beliau perlu mencari kebenaran,” kata peguam itu selepas prosiding kes berkenaan di hadapan Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor, di Kuala Lumpur hari ini, lapor Bernama.

Hisyam berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan itu bersama sijil perakuan segera kepada AGC pada 30 Januari lepas dan mahkamah menetapkan pendengaran permohonan itu pada 24 Februari ini.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img