Elon Musk individu pertama nilai kekayaan melebihi RM3.3 trilion

ELON Musk muncul individu pertama dalam sejarah moden dengan nilai kekayaan melebihi AS$800 bilion (RMRM3.365 trilion).

 Nilai terbaharu itu menjadikan kekayaan peribadi Musk lebih tinggi berbanding gabungan Larry Page, Sergey Brin dan Jeff Bezos, yang dianggarkan sekitar AS$783 bilion(, berdasarkan data Forbes.

Lonjakan mendadak nilai bersih itu didorong pegangan Musk dalam SpaceX yang menjadi penyumbang utama kepada kekayaannya, selain peranan beliau dalam Tesla dan syarikat lain di bawah rangkaiannya.

Setakat ini, tiada pengesahan rasmi mengenai dakwaan bahawa Musk sedang menghampiri status ‘trilionwan’ berdasarkan sasaran operasi tertentu seperti angka penghantaran EV, teksi swapandu, atau robot humanoid.

Walaupun analisis pasaran menjangkakan Musk berpotensi mencecah nilai AS$1 trilion pada masa hadapan, syarat-syarat khusus tersebut tidak disokong oleh laporan kewangan atau kenyataan rasmi setakat ini.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img