Inkues Zara Qairina: Koroner, pihak terlibat lawat lokasi kejadian

PROSIDING inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir yang memasuki hari keenam hari ini bermula dengan pihak-pihak yang terlibat melawat lokasi kejadian di bangunan asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di Papar.

Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai Koroner dalam prosiding inkues itu tiba pada 9.15 pagi bersama beberapa pihak terlibat.

Terdahulu, pegawai-pegawai pengendali inkues diketuai Timbalan Pendakwa Raya II Datuk Badius Zaman Ahmad tiba pada 8.29 pagi.

Pasukan Polis Forensik serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut kelihatan memasuki pekarangan kawasan sekolah sebelum menuju ke asrama terbabit.

Lawatan itu bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai insiden malang menimpa Allahyarham Zara Qairina.

Sesi itu dijangka mengambil masa masa dua hingga tiga jam, sebelum prosiding inkues diteruskan di Mahkamah Koroner pada 2 petang.

Kira-kira 20 pengamal media turut berada di luar kawasan sekolah seawal 7 pagi, bagaimanapun media tidak dibenarkan memasuki di dalam kawasan sekolah.

Zara Qairina,13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img