MPV terbakar selepas terbabas langgar pokok, pemandu maut tercampak

SEORANG lelaki maut dipercayai tercampak keluar melalui cermin hadapan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas dan terbakar di Kampung Wakaf Raja di Pasir Puteh, Kelantan awal pagi ini.

Mangsa, Kang Kheng An, 51, dari Kampung Berangan, Tumpat meninggal dunia di lokasi kejadian.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Pegawai Bomba Kanan II Hasmeejohn Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4 pagi.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati berlaku kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan.

“MPV jenis Toyota Estima yang dipandu mangsa terbabit dipercayai terbabas ketika memotong kenderaan lain kemudian melanggar pokok sebelum terbalik dan terbakar,” katanya ketika dihubungi, lapor Sinar Harian.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal di lokasi oleh pasukan perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tambahnya, dua lagi pemandu kenderaan yang terlibat iaitu Perodua Myvi dan Toyota Camry tidak mengalami kecederaan.

Hasmeejohn memberitahu, seramai tujuh anggota dikerahkan ke lokasi untuk memadam kebakaran kenderaan tersebut serta membersihkan kawasan kemalangan.

“Operasi terkawal sekitar jam 5.03 pagi,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img