Perbezaan agama,bangsa bukan penghalang hidup sebagai keluarga besar – Exco Kelantan

PERBEZAAN agama, bangsa dan adat tidak seharusnya menjadi penghalang untuk rakyat hidup dalam suasana harmoni sebagai sebuah keluarga besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud berkata, kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat perlu diraikan sebagai kekuatan, bukan dijadikan alasan untuk berpecah-belah.

Menurutnya, seluruh manusia berasal daripada keturunan yang sama dan perbezaan yang ada hanyalah dari sudut agama, budaya serta adat resam.

“Perbezaan agama, bangsa dan adat tidak seharusnya menjadi penghalang untuk hidup sebagai sebuah keluarga besar. Bahkan kita hendaklah saling bantu-membantu antara satu sama lain serta mengambil berat dalam soal kebajikan termasuk ketika sakit dan menghadapi kesusahan,” katanya lapor harakahdaily.net

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Santuni Masyarakat Tionghua sempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di Taman Hijau, di Kota Bharu hari ini.

Kata beliau, nilai hormat-menghormati dan toleransi perlu terus diperkukuhkan dalam kalangan rakyat berbilang kaum bagi memastikan kestabilan serta kesejahteraan negeri dapat dikekalkan.

“Contohnya kehidupan masyarakat pada zaman Nabi Muhammad SAW yang hidup secara harmoni bersama masyarakat bukan Islam sebagai panduan dalam membina masyarakat majmuk yang aman,” ujarnya.

Menurutnya, pendekatan tersebut menjadi asas kepada usaha kerajaan negeri untuk terus memperkukuh perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img