Bufet Ramadan: Bukan sekadar makan tapi kenangan dan keseronokan

WALAUPUN harga bufet Ramadan di hotel dan restoran kini mencecah lebih RM100 seorang, sambutan orang ramai masih menggalakkan kerana menganggap pengalaman tersebut tetap berbaloi, sekurang-kurangnya  sekali dalam bulan puasa.

Bagi pekerja swasta, Siti Nur Arina Md Nor, 24, dia sanggup membayar lebih RM100 bagi menikmati pelbagai pilihan makanan yang jarang ditemui di tempat lain.

Menurutnya, walaupun harga dianggap berpatutan dengan variasi hidangan, kekangan masa ketika berbuka menyebabkan dia tidak mampu menikmati semua juadah.

“Harga memang berbaloi dengan pilihan makanan, tetapi bila bulan puasa, kita tak boleh makan banyak sangat. Lepas berbuka nak kejar Maghrib dan tarawih,,” katanya ketika dihubungi utusanmelayuplus.

Pandangan sama dikongsi suri rumah, Wan Rokimah Ibrahim, 32, yang mempunyai tiga cahaya mata.

Katanya, dia membayar sekitar RM120 bagi seorang dewasa dan RM69 untuk kanak-kanak ketika mencuba bufet Ramadan buat kali pertama bersama keluarga.

“Untuk pengalaman pertama dan nak cuba-cuba, saya rasa berbaloi. Tetapi tempoh masa agak singkat sebab kita rushing nak solat, dan jarak antara Maghrib dengan Isyak pun dekat,” katanya.

Wan Rokimah berkata,  keluarganya lebih memilih makanan yang jarang dinikmati di rumah atau yang biasanya mahal bagi memastikan wang yang dibayar sepadan dengan pengalaman yang diperoleh.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Suhaiza Mamat, 40 berkata, bufet Ramadan tetap menjadi pilihan kerana ia memberi peluang menikmati pelbagai hidangan dalam satu masa serta suasana berbuka yang meriah.

Menurutnya, walaupun tidak semua makanan dapat dicuba, pengalaman berkumpul bersama keluarga atau rakan serta menikmati juadah istimewa menjadikan bayaran tinggi itu masih dirasakan berbaloi.

“Bagi saya, bukan semata-mata untuk makan sahaja, tetapi pengalaman dan suasana berbuka itu sendiri. Lagipun, jarang dapat peluang untuk kumpul bersama ramai-ramai,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img