Tragedi lemas Pantai Kandis : Adik dikebumi sebelah kubur abang

JENAZAH adik kepada anggota bomba yang lemas dalam kejadian di Pantai Kandis selamat dikebumikan bersebelahan kubur abangnya di Tanah Perkuburan Islam Mukim Sri Gedombak, Pasir Puteh kira-kira jam 2 petang tadi.

Jenazah Ahmad Nuruddin Abdul Wahab, 21, dikebumikan di sebelah kubur Ahmad Badrul, 32, sambil disaksikan ibu bapa mereka, Abdul Wahab Yazid, 66, dan Sawidah Mamat, 65, bersama lebih 50 ahli keluarga terdekat.

Sawidah berkata, hubungan anak ketiga dan bongsunya daripada lima beradik itu amat rapat dan tidak disangka dia kehilangan dua anak lelakinya serentak.

Bagaimanapun, katanya, mereka sekeluarga bersyukur kerana kedua-dua anaknya berjaya ditemui selepas hilang di laut, meskipun terpaksa menelan hakikat pahit kehilangan dua anak di saat umat Islam mula berpuasa hari ini.

“Alhamdulillah, mayat Ahmad Nurruddin ditemukan pada hari pertama kita berpuasa, selepas mayat abangnya (Ahmad Badrul) ditemui pada malam pertama terawih.

“Semoga Allah SWT tempatkan kedua-dua anak saya dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika ditemui sebaik selesai pengebumian Ahmad Nurruddin, lapor Buletin TV3.

Terdahulu, suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu sebaik saja Abdul Wahab mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari anaknya hingga pengebumian dua beradik itu.

Ayat ‘anak saya kini tinggal tiga, dua sudah tiada’ meruntun hati ahli keluarga dan rakan yang hadir memberikan penghormatan terakhir.

Dalam kejadian petang Selasa lalu, Ahmad Badrul lemas selepas cuba menyelamatkan adiknya dan anak saudaranya, Mohd Ali Al Imran, 12, yang lemas ketika mandi di Pantai Kandis.

Mohd Ali berjaya diselamatkan bapanya, Mohd Ezad Abu Hassan, 40, yang turut terjun ke laut bersama Ahmad Badrul.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img