Pelajar lelaki mengaku bersalah cabul OKU dalam kelas

PELAJAR lelaki sebuah sekolah menengah Batu Pahat mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan amang seksual fizikal terhadap pelajar perempuan orang kelainan upaya (OKU) dalam kelas, bulan lalu.

Tertuduh berusia 13 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Arun Noval Dass selepas pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 16 tahun dalam kelas pada jam 12 tengah hari, 29 Januari lalu.

Mengikut Seksyen 14 (a), hukuman bagi pesalah juvana antaranya mengenakan bon berkelakuan baik dan mematuhi syarat dikenakan serta diperintah menjalani hukuman di Sekolah Henry Gurney.

Berdasarkan laporan dibuat, mangsa memberitahu seorang pelajar lelaki datang ke arahnya ketika dia sedangkan menyiapkan kerja sekolah.

Daripada siasatan polis, tertuduh dikatakan memasuki kelas mangsa melalui pintu belakang. Ketika kejadian, mangsa bersendirian dalam kelas memandangkan semua rakannya berada di makmal sains.

Mangsa adalah OKU sejak berusia setahun dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda. Secara kebetulan, seorang guru disiplin melalui hadapan kelasnya dan mangsa memanggil lalu menceritakan kejadian itu.

Guru terbabit mencari tertuduh melalui rakaman video yang kemudian ditunjukkan kepada mangsa bagi tujuan pengecaman. Sebaik mengecamnya, tertuduh kemudian dibawa ke bilik disiplin untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 13 Mei ini untuk sebutan laporan akhlak, fakta dan perintah.

Tertuduh juga dibenarkan ikat jamin RM1,500.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img