Warga MALBATT 850-13 telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-42 yang disusuli dengan Iftar secara jamaie, bertempat di Masjid Kawkaba, Kem Ma’rakah, Selatan Lubnan.
Menurut Facebook MALBATT 850-13, majlis dimulakan dengan bacaan yasin, doa kesyukuran, solat Maghrib, majlis berbuka puasa secara jamaie, solat Isyak serta solat sunat tarawih dan diakhiri dengan jamuan moreh.

Majlis ibadah ini diadakan bertujuan menzahirkan tanda rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat keamanan, kesejahteraan serta hubungan persahabatan yang terjalin antara dua negara sahabat Malaysia-Brunei di bawah panji-panji misi pengaman.

Sambutan itu turut mencerminkan semangat perpaduan dan kebersamaan dalam mengeratkan silaturahim antara warga MALBATT.
Semoga semangat kesyukuran dan kebersamaan ini terus dipelihara dalam setiap pelaksanaan tugas, demi memastikan misi pengaman dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.


