Anggota tentera maut, seorang lagi masih hilang ketika Operasi PASIR di Semporna

SEORANg anggota tentera maut manakala seorang lagi masih hilang ketika melaksanakan Operasi PASIR Sektor Semporna Siri 3/2025 di perairan Pulau Mataking hari ini

Dalam satu kenyataan, Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas Angkatan Tugas Bersama 2 Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Kem Kukusan, Tawau dalam kenyataan memaklumkan, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Prebet Muhammad Irfan Haiqal Abdullah, 20, dari Kompeni C, Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD).

“Muhammad Irfan ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian ketika usaha rawatan kecemasan diberikan pasukan perubatan. Seorang lagi anggota, Prebet Muhammad Zulkarnain Jaffar, 27, masih belum ditemui sehingga kini,” katanya.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta pasukan sahabat.

“Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada kejadian lemas, namun siasatan lanjut masih dijalankan. Sebarang perkembangan berhubung insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img