Iran bertindak balas, aset AS di Asia Barat turut jadi sasaran

LETUPAN berlaku di beberapa bandar utama di Teluk berikutan tindakan Iran membalas serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS)

Stesen televisyen Al Arabiya melaporkan bahawa letupan kedengaran di Bahrain, manakala Qatar menutup ruang udaranya.

Selain Bahrain, letupan juga dilaporkan di Riyadh, Arab Saudi, Abu Dhabi dan Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Doha Qatar

Kira-kira dua jam selepas serangan gabungan Israel dan Amerika Syarikat, Iran mula melancarkan siri peluru berpandu balistik ke arah Israel.

Perkara itu disahkan oleh Israel Defense Forces (IDF) yang turut mengeluarkan peta amaran kawasan di Israel yang berkemungkinan menjadi sasaran peluru berpandu Iran.

Al Jazeera melaporkan bahawa letupan mula kedengaran di wilayah utara Israel. Sementara itu, beberapa gambar dan video yang tersebar di media sosial menunjukkan kepulan asap di beberapa kawasan di Israel akibat hentaman peluru berpandu Iran.

Bahrain mengesahkan bahawa markas Armada Ke-5 Tentera Laut Amerika Syarikat menjadi sasaran serangan peluru berpandu.

Keadaan di salah satu kawasan di Haifa yang diduduki Israel selepas terkena peluru berpandu Iran.

Tentera Israel turut menyatakan bahawa peluru berpandu balas telah dilancarkan dari Iran menuju ke Israel. Siren dibunyikan di seluruh Israel susulan pengumuman tersebut.

Seorang pegawai kanan Iran memberitahu Al Jazeera bahawa mereka meminta Israel supaya “bersedia menghadapi apa yang akan berlaku, dan respons kami akan diumumkan, serta tiada garis merah”.

“Semua aset dan kepentingan Amerika dan Israel di Asia Barat kini menjadi sasaran yang sah. Tiada garis merah selepas pencerobohan ini, dan segala kemungkinan boleh berlaku, termasuk senario yang sebelum ini tidak pernah dipertimbangkan,” kata pegawai itu.

“Amerika Syarikat dan Israel telah memulakan pencerobohan dan peperangan yang akan memberi kesan meluas serta berpanjangan. Kami tidak terkejut dengan pencerobohan gabungan Amerika-Israel dan kami mempunyai respons yang kompleks tanpa had masa,” tambahnya, sambil menegaskan bahawa sebarang gesaan agar Iran menahan diri atau menyerah adalah “tidak boleh diterima dan sekadar angan-angan.”

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img