Trump dakwa pemimpin tertinggi Iran Ali Khamenei terbunuh

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal pagi ini mendakwa Pemimpin Tertinggi Iran  Ayatollah Ali Khamenei terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh AS dan Israel.

Trump yang berpakat dengan penjenayah perang iaitu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mendakwa kematian pemimpin utama Iran itu bukan sahaja satu bentuk keadilan untuk rakyat Iran, tetapi juga untuk semua rakyat Amerika yang hebat, serta rakyat dari pelbagai negara di seluruh dunia.

‘’Beliau gagal mengelak risikan kami dan Sistem Penjejakan Berteknologi Tinggi yang sangat canggih. Dengan kerjasama rapat bersama Israel, tiada apa yang boleh dilakukan olehnya, atau oleh pemimpin-pemimpin lain yang turut terbunuh bersamanya, dakwa Trump.

Bagaimanapun setakat ini tidak ada pengesahan rasmi daripada Iran keadaan sebenar Khamenei

Trump berkata, kematian itu merupakan peluang terbesar buat rakyat Iran untuk merampas kembali negara mereka.

‘’Kami menerima maklumat bahawa ramai anggota IRGC, tentera, serta pasukan keselamatan dan polis mereka, tidak lagi mahu berperang dan sedang mencari imuniti daripada kami. Seperti yang saya katakan malam tadi. Sekarang mereka boleh mendapat imuniti, kemudian mereka hanya akan menerima kematian!,’’ dakwanya.

Beliau berharap, Kor Republik Iran (IRGC)  dan pasukan polis akan bergabung secara aman dengan kelompok patriot Iran, dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk mengembalikan negara itu kepada keagungan yang sewajarnya.

‘’Proses tersebut dijangka akan bermula tidak lama lagi kerana bukan sahaja kematian Khamenei, malah negara itu sendiri telah, dalam tempoh satu hari sahaja, mengalami kemusnahan besar dan bahkan hampir dilenyapkan.

‘’Namun begitu, pengeboman berat dan tepat akan diteruskan tanpa gangguan sepanjang minggu ini, atau selama mana yang diperlukan, bagi mencapai objektif kami iaitu keamanaj di seluruh Timur Tengah dan seluruh dunia,’’ kata Trump.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img