BMW kenamaan disita ‘melaram’ nombor satu digit

SEBUAH kereta mewah BMW milik kenamaan disita serta-merta Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) Melaka akibat melaram nombor pendaftaran satu digit milik motosikal, Sabtu lalu.

Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor tunggal yang sah didaftarkan milik motosikal Modenas Kriss.

Menurutnya, nombor pendaftaran itu baharu dibeli pemiliknya namun proses penukaran belum dilakukan.

“Sepatutnya pemilik kereta BMW perlu membuat proses pertukaran atau interchange sebelum dipasang pada kereta.

“Bagaimanapun, dia terus memasangnya pada kenderaan berkenaan tanpa kelulusan,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, kereta milik lelaki bergelar ‘Datuk’ itu antara dua BMW yang disita dalam operasi di Jalan Solok Bukit Katil, di sini, bagi siasatan lanjut mengikut peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, pemeriksaan lanjut turut mendapati kereta mewah itu belum didaftarkan secara sah dan dipercayai baru dibeli kerana masih dalam keadaan seperti baharu keluar dari premis jualan.

“Pemilik BMW terbabit dipercayai bertindak begitu dengan andaian kenderaan mewah tidak akan diperiksa pihak berkuasa.

“Namun tiada sesiapa kebal daripada tindakan undang-undang dan JPJ akan terus mempergiat operasi bagi memastikan semua kenderaan di jalan raya mematuhi peraturan demi keselamatan pengguna,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak 60 kenderaan diperiksa menerusi operasi berkenaan dan sebuah lagi BMW disita atas kesalahan cukai jalan dan insurans tamat tempoh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img