Lelaki berjalan bogel ditahan polis di Kluang

POLIS menahan seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun susulan kejadian bogel dipercayai berlaku di Jalan Mengkibol, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 malam, pada Selasa.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Kluang telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan di Taman Sunrise Park, Kluang kira-kira jam 4 petang Rabu.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala saringan ujian air kencing didapati negatif.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Bahrin, permohonan reman terhadap tangkapan akan dibuat pada Khamis di Mahkamah Majistret Kluang bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222 atau talian terus 07-7784256.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img