Doktor pelatih ditemukan meninggal dunia di asrama hospital

SEORANG doktor pelatih wanita berusia 29 tahun ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik asrama Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kuala Krai, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada pihak hospital kira-kira jam 9.55 pagi.

Beliau berkata, sebaik sahaja menerima laporan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai bersama anggota Balai Polis Kuala Krai bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku di salah sebuah bilik asrama HSIP Kuala Krai dan mangsa ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa. Pemeriksaan awal dijalankan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah yang berlaku,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik HSIP untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Kuala Krai di talian 09-9666222 bagi membantu siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img