Didik anak-anak dengan ilmu elak terpengaruh hasutan luar – PM

IBU bapa dinasihatkan untuk memastikan anak-anak mereka perlu didik dengan ilmu bagi mengelakkan mereka mudah terpengaruh dengan hasutan luar.

Ketika mengingatkan demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka perlu dididik dengan ilmu, penerangan dan pencerahan supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan fahaman ekstremis yang dibawa dari luar.

“Ini kerana tanpa asas ilmu, mereka mudah dipengaruhi oleh pihak luar,” katanya ketika ketika berucap merasmikan Masjid Mengkuang Titi dan Sambutan Nuzul al-Quran 1447H di Permatang Pauh hari ini.

Semalam, polis menahan enam lelaki termasuk tiga remaja bawah umur disyaki terlibat dengan aktiviti berorientasikan keganasan berkaitan kumpulan IS ditahan dalam operasi khas oleh Cawangan Khas, PDRM pada 14 dan 15 Februari lalu.

Anwar berkata, beliau bersyukur kerana keadaan di negara ini masih terkawal hasil kecekapan pihak polis dalam mengenal pasti ancaman lebih awal.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak alpa atau mengambil mudah terhadap ancaman tersebut.

“Saya pernah sebut di Parlimen sebelum ini, ada perasaan iri hati dan cemburu terhadap kejayaan Malaysia sebagai negara yang aman dengan ekonomi yang berkembang baik,” ujarnya.

.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img